Pengenalan
Pusat Latihan ini dinamakan PUSAT LATIHAN MOTIVASI DAN KERJAYA CEMERLANG dan selanjutnya dikenali dengan nama PLMKC. Pejabat yang didaftarkan ialah Pusat Latihan Motivasi Dan Kerjaya Cemerlang (SA0042720-D), telah ditubuhkan pada 13hb Dis 2006.
Pusat Latihan Motivasi Dan Kerjaya Cemerlang (PLMKC) juga berdaftar sebagai Institusi Pendidikan berbentuk Kemahiran dengan Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. Perakuan Pendaftaran A25090 / 05 /20 / 444.
Alamat Operasi :
15A, Jalan SS5B/4,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
PLMKC diwujudkan bagi menjalankan perkhidmatan ke arah kemasyarakatan, pengurusan, perunding motivasi , kerjaya, usahawan, perniagaan dan hala tuju, mengendalikan program, kursus, latihan, seminar, bengkel, pengucapan awam, khidmat tenaga pengajar, kem bina semangat kepada semua individu sama ada dari kalangan pelajar rendah, menengah, tinggi, dewasa, penganggur, berkerjaya, ahli perniagaan, Bahagian Pendidikan, Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Korporat, Persatuan, Politik, Industri Perkilangan, Bank, Insuran, Jualan Langsung, syarikat-syarikat lain dan juga pemimpin mahupun masyarakat setempat.
Laman web PLMKC.com telah dilancarkan dengan rasminya pada 14 Januari 2008, tepat jam 1.42 petang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

